PENGAJARAN CINTA DARI KISAH HIDUP PENGASAS SHAKLEE - DR. FORREST C. SHAKLEE

Seharian saya study tentang Dr. Forrest C. Shaklee ni. Satu per satu kronologi hidup beliau saya baca, fahami & hadam sehingga saya benar-benar cuba dalami apa yg sebenarnya beliau cuba sampaikan sepanjang perjalanan hidup beliau.

Kalau sekadar nak baca biodata & kisah hidup beliau yg sangat menakjubkan tu, saya rasa banyak sumber dari Google yg boleh anda perolehi. Tapi apa yg saya nak share adalah apa yg saya perolehi hasil dari semua kisah beliau yg boleh kita jadikan panduan bersama untuk saya; selaku pengedar Shaklee, anda selaku pengguna produk Shaklee dan juga untuk kita semua yg bakal meneruskan kehidupan seharian yg bakal penuh pancaroba ini.

Terlalu banyak 'kisah cinta' yg saya temui dalam kisah hidup Dr. Forrest C. Shaklee:

🌹 Apabila beliau dilahirkan dalam keadaan tidak menangis dan hanya punya harapan 50% sahaja untuk hidup, cinta ibunyalah yg menghidupkan beliau kembali.

🌹 Apabila beliau disahkan menghidap turboculosis sewaktu kecil, cinta ibunyalah yg meneruskan hayatnya dengan pemberian herba & nutrisi semulajadi dari buah-buahan & sayur-sayuran yg banyak kepada beliau. Ibunya tidak pernah kenal erti putus asa & mengalah dalam membesarkan beliau menjadi insan yg semakin sihat.

🌹 Apabila beliau memilih untuk menjadi seorang chiropractor & doktor perubatan yg mementingkan nutrisi; bukannya pemulihan melalui ubat-ubatan, kerana cinta beliau yg terlalu mendalam dalam kaedah penyembuhan secala alamilah beliau memilih kerjaya tersebut. Juga kerana itulah tertubuhnya Shaklee Clinic yg memberi perkhidmatan nasihat ke atas penjagaan diet yg betul & seimbang adalah apa yg amat penting dalam menjaga kesihatan manusia seharian.

🌹 Apabila beliau didiagnos menghidap KANSER pada usia 27 tahun, ketika beliau komited dalam kajian tentang x-ray, kerana cintalah beliau kembali bersemangat untuk pulih tanpa setuju untuk memotong kaki & tangannya untuk mengelakkan sel kanser merebak. Kerana cinta kepada isterinya, beliau meyakinkan isterinya bahawa dia PASTI akan sembuh & PASTI akan mampu terus hidup sihat melalui kaedah alami yg selama ini menjadi kecintaannya. Beliau amat percaya, dengan langkah penjagaan nutrisi semulajadi setiap hari, pemantauan ke atas analisis darah serta berpuasa akan mampu mengembalikan kesihatan beliau. Dan beliau BERJAYA MEMBUKTIKANNYA walaupun ada pihak yg tak mempercayai beliau. Semangat beliau untuk mahu pulih semakin kuat setelah kelahiran anak kedua beliau pada masa yg sama.

🌹Apabila Shaklee Clinic terbakar & semua hasil kajian beliau hangus terbakar, beliau tetap tidak putus asa. Kecintaan beliau untuk membantu lebih ramai menjadi semakin sihat melalui nutrisi mengembalikan semangat beliau untuk terus berkhidmat.

🌹Lumrah hidup tidak selalu indah. Apabila isteri tercinta beliau meninggal dunia akibat kemalangan ketika beliau berusia 47 tahun, semangat meneruskan kehidupan tetap membara demi 2 orang anak kesayangannya serta dunia perubatan berasaskan nutrisi diteruskan. Beliau mula menyebarkan ilmu berkaitan nutrisi melalui corong-corong radio serta majlis umum (public talk). Rasa cinta & semangat yg kuat terhadap bidang nutrisi sentiasa membuatkan beliau teruja untuk berkongsi segalanya dengan dunia.

🌹Sewaktu ramai orang sudah mahu berehat & bersara pada usia 62 tahun, Dr. Forrest Shaklee tidak begitu. Di usia itulah beliau mula menubuhkan syarikat Shaklee Product bersama 2 orang anaknya. Beliau tidak mahu cinta beliau terhenti di kalangan rakyat Amerika sahaja. Beliau mahu seantero dunia merasakan hasil cintanya. Beliau mahu ideologi berasaskan kemanusiaan "Thoughtsmanship" itu tersebar ke seluruh dunia. Kerana beliau percaya, rasa cinta & kemanusiaan sesama manusia inilah yg sebenarnya membawa kesejahteraan & keharmonian dalam kehidupan manusia.

🌹Apabila beliau memperkenalkan sistem jualan secara MLM; bukannya secara komersial, beliau percaya bahawa cinta beliau akan disebarkan secara berkesinambungan oleh ahli-ahli penjual (pengedar) yg juga benar-benar cintakan bidang nutrisi kepada pelbagai pelusuk masyarakat; bukan penjualan berasaskan keuntungan semata-mata.

Allahuakbar.
Selama ini saya sendiri sebenarnya sekadar melihat Shaklee sebagai suatu produk/jenama yg hebat dari segi statistik & klinikalnya sahaja. Hebat kerana setiap bahan asas & hasil akhirnya bukan sekadar satu jenama yg 'ditampal' pada botol-botol yg dikilangkan di kilang umum. Rupa-rupanya produk Shaklee ini adalah sehebat penciptanya. Kisah cinta yg hebat di sebalik kewujudan jenama Shaklee ini adalah apa yg sebenarnya benar-benar berharga. Pencipta produk Shaklee bukan sekadar seorang guru pencen yg minat berniaga; bukan juga seorang anak jutawan yg mahu legasi keluarganya berkesinambungan; bukan juga seorang artis terkenal yg gilakan penjenamaan diri; bukan juga seorang ahli perniagaan yg mahu menguasai kuasa dunia; bukan juga ahli yg bertopengkan agama yg mahu memanipulasi ideologi dunia. Tetapi cinta ikhlas beliau pada dunia nutrisilah yg sebenarnya telah membawa kebaikan ke seantero dunia. Malah, semangat yg tidak kenal erti putus asa itulah yg seharusnya dicontohi terutamanya oleh kami pada pengedar Shaklee; serta umumnya oleh setiap peringkat usia manusia dalam kehidupan harian.

IRDA
014-984 0240
SID PRO ANDA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...