SAH! PRODUK SHAKLEE TIADA LOGO HALAL JAKIM!

BETUL KE PRODUK SHAKLEE TAKDE HALAL JAKIM?

YA. Memang betul. Produk Shaklee TIADA LOGO HALAL JAKIM.

Q1: Kenapa takde logo halal JAKIM? Habis tu, halal ke untuk orang Islam kat Malaysia?
====================================
Semua produk Shaklee tiada cop/logo halal JAKIM kerana produk Shaklee tidak dibuat, diproses & dikeluarkan di Malaysia. Pihak JAKIM hanya boleh mengeluarkan sijil pengesahan halal ke atas produk yg dibuat/dihasilkan di Malaysia sahaja. Bagi produk yg dihasilkan di negara lain, sijil pengesahan halal hendaklah dikeluarkan oleh badan Islam negara tersebut. Sehubungan itu, pihak JAKIM telah menyenaraikan badan-badan Islam luar negara yg telah diiktiraf sijil & proses pengesahan halalnya. Ini termasuklah Islamic Services of America (ISA) yg bertanggungjawab untuk mengeluarkan sijil pengesahan halal ke atas produk Shaklee yg dibawa masuk ke Malaysia setiap tahun.

Q2: Habis tu, kenapa takde cop halal kat semua botol produk Shaklee?
====================================
Kaedah pensijilan halal yg dibuat ke atas produk Shaklee yg dibawa masuk ke Malaysia oleh ISA dibuat secara berkumpulan (by group). Pemeriksaan tidak dibuat ke atas setiap botol produk yg dikeluarkan. Sebaliknya hanya ke atas produk yg dikeluarkan oleh kilang. Sama seperti ubat-ubatan yg dijual di farmasi atau diberi oleh doktor di klinik. Takde kan tanda halal pada setiap botol?

Q3: Adakah produk Shaklee yg menggunakan unsur haiwan? Kalau ada, adakah kaedah penyediaannya telah menurut syariat?
=====================================
Ada. Terdapat unsur bovine (bahan daripada lembu) pada produk yg menggunakan kapsul gel lembut iaitu Lecithin, Omega Guard, GLA Complex & Vita E Complex. Untuk pengetahuan, 2 buah negara di dunia yg mempunya prosedur paling ketat dalam pengeluaran sijil pengesahan halal adalah Kanada & Amerika Syarikat. Proses mendapatkan pengesahan halal oleh ISA jauh lebih teliti & rumit berbanding berbanding pihak JAKIM sendiri. Malah, di USA sendiri juga terdapat puluhan ribu umat Islam. Justeru, pihak ISA telah mengambil kira setiap aspek syariat dalam proses pensijilan halal ini.

Q4: Jadi, memang boleh yakin 100% la yg produk Shaklee di Malaysia ni halal & selamat diambil oleh umat Islam?
=====================================
100% yakin tanpa ragu. Shaklee adalah sebuah syarikat bertaraf dunia yg telah 60 tahun bertapak di muka bumi ini. Produk Shaklee bukan produk picisan yg sekadar dibungkus di belakang rumah aataupun di mana-mana kilang produk umum dan kemudiannya sekadar 'dicop' dengan jenama sendiri. TIDAK SAMA SEKALI. Shaklee memiliki puluhan saintis bertaraf dunia yg menjalankan kajian ke atas setiap bahan asas & hasil akhir setiap produk. Shaklee juga diiktiraf sebagai syarikat yg paling selamat & tidak mencemarkan alam sekitar. Malah, untuk setiap produk yg memasuki pasaran Malaysia juga telah mendapat kelulusan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pihak Shaklee takkan sewenang-wenangnya mengambil mudah apa sahaja perkara yg mampu mencemarkan reputasinya di Malaysia; apatah lagi di mata dunia. Produk & jenama sehebat Shaklee TIDAK PERLUKAN 'gimik' pemasaran untuk menambat hati pengguna. Cukup dengan bukti kehebatan keberkesanannya ke atas mereka yg telah mengamalkannya selama puluhan tahun. Malah, Shaklee juga telah menjadi satu-satunya syarikat pengeluar supplemen yg BERANI untuk membuktikan keberkesanan produknya secara saintifik melalui Landmark Study.

Bukalah mata & minda kita seluasnya. Umat Islam BUKAN hanya wujud di Malaysia sahaja. Jutaan lagi umat Islam wujud di seluruh dunia. Dan cop logo halal JAKIM BUKANLAH satu-satunya cara untuk memastikan setiap satu produk itu adalah halal. Namun, memang benar; mencari yg halal itu WAJIB bagi setiap umat Islam. Dan kita berhak untuk ragu. Namun, jangan kerana dek keraguan diri kita sendiri, sehingga tertutup hijab kita kepada kebenaran. Lebih buruk lagi, janganlah sampai keraguan kita tu menjadi hasutan kepada orang di sekeliling kita. Wallahua'lam.

SID PRO ANDA
IRDA
014-984 0240

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...