TIPS SEMBUHKAN DEMAM CEPAT & HILANGKAN KAHAK PEKAT

Dulu, asal anak demam je saya bagi ubat. Nak senang kerja. Sebab, bila bagi ubat ikut time, panas badan pun hilang kan? Bila sendiri demam, kira habiskan antibiotik dari doktor tu kira okey dah la. Masa tu tak pernah terfikir & tak pernah tau pun yg ubat berdadah ni akan beri keasan buruk pada organ & sistem badan untuk jangka masa panjang. Yg saya tau, nak cepat baik demam je.

Tapi sejak kenak Shaklee, banyak sangat benda berubah. Bukan sebab taksub dengan vitamin Shaklee. NO. Tapi pengambilan Shaklee ni dah buka mata saya pada perkara asas dalam menjaga kesihatan keluarga. Saya mula faham kenapa kita mudah jatuh sakit. Saya mula faham kepentingan nutrisi untuk kuatkan sistem badan. Dan paling penting, saya mula faham bahawa ubat BUKAN penyelesai masalah sebenar. Ubat biasanya hanya merawat simptom; dan bukannya menyelesaikan punca sebenar masalah. Ouch!

Demam ni sangat penting & bagus sebenarnya untuk kita; terutamanya kanak-kanak. Demam adalah reaksi badan untuk melawan virus yg menyerang. Tapi, kalau dah kerap sangat demam, batuk & selsema sampai tiap-tiap bulan WAJIB ke klinik/hospital, itu sudah TIDAK BAGUS. Itu menunjukkan bahawa sistem imun badan kita lemah. Itu menunjukkan interferon badan kita tak sensitif.

Anak sulung saya pun dulu kerap jatuh sakit. Malah, ada asthma pun. Orang ada asthma ni memang sistem imun mereka agak lemah. Sebab tu sikit-sikit bersin, selsema & melarat ke batuk. Salur paru-paru mereka sensitif. Mudah mengecut bila terkena alergen. So, penyelesaiannya yg saya dapat, bila anak-anak saya mula menunjukkan tanda macam nak demam, saya bagi mereka minum air suam MADU + LEMON + NUTRIFERON. Lemon kaya dengan antioksida & vitamin C. Orang panggil lemon ni "immune booster". Ia sangat bagus untuk meningkatkan kekuatan sistem imun untuk melawan penyakit. Madu pun boleh meningkatkan sistem imun sambil memberi tenaga kepada kita untuk kekal cergas bergerak supaya berpeluh & mengeluarkan haba dari badan.

NUTRIFERON pula menguatkan interferon kita supaya lebih sensitif. Interferon ni macam sistem alarm kat rumah. Bila ada pencuri masuk rumah, alarm akan berbunyi untuk bagi tuan rumah bertindak ke atas pencuri atau kejadian tu. So, sama macam Nutriferon. Bila interferon (alarm) kita bagus & sensitif, bila ada kuman/virus (pencuri) nak menyerang badan (rumah) kita, maka sistem imun kita akan alert/peka untuk bertindak melawan virus tu. Sebab tu la demam pun tak jadi menyerang. Anak-anak memang sukaaa sangat pulak tu rasa Nutriferon ni tau. Kalau dibiarkan, sepeket tu lajuuu je depa boleh telan macam tu je! 😂😂

Madu yg digunakan pula sebaiknya madu asli. Bukan yg dah dicampur dengan gula ye. Camana nak tau mana madu yg asli? Meh saya share tips sket; khusus untuk para suami yg nak tolong carikan untuk isteri. Ada 3 cara untuk memastikan madu tersebut adalah asli (untuk memastikan anda tidak kena bebel akibat membawa jenis madu yg salah).

🔴Cara 1: Letakkan madu di dalam peti sejuk di bahagian sejuk beku. Biarkan selama 2 jam. Jika ia tidak beku, maka ia adalah madu asli.

🔴Cara 2: Tuangkan sedikit madu ke atas piring dan letakkan di atas lantai. Biarkan selama beberapa minit. Jika tiada semut yg datang menghurung, maka ia adalah madu asli.

🔴Cara 3: Beritahu & perkenalkan madu tersebut kepada isteri anda sebaik pulang ke rumah. Dalam masa tak sampai seminit, jika ada periuk belanga atau pinggan mangkuk yg terbang melayang, maka SAH ia adalah madu yg benar-benar ASLI.


Nak order NUTRIFERON yg POWER tu? Meh Whatsapp saya: 014-984 0240 (Irda).

Kesiannn kat anak yg asyik telan ubat tu. 😌

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...