KALSIUM: KEPENTINGAN & KESAN KEKURANGANNYA

Assalamualaikum semua! Hari ni nak cerita pasal KALSIUM.. Di mana, bila bercakap tentang Kalsium ni, kebanyakan orang akan kaitkan dengan 'minum susu'.. Persoalannya, cukupkah bekalan kalsium untuk badan kita dengan hanya meminum susu setiap hari? Bagaimana dengan sesetengah orang yg 'tidak lalu' atau tidak mampu untuk meminum susu dek kerana rasanya yg meloyakan? Jom kira rungkai satu persatu tentang KALSIUM nih...

1. Apakah Kepentingan & Kebaikan Kalsium?

Kalsium merupakan bahan galian penting dalam diet yang sihat. Kekurangannya boleh memberi kesan terhadap pembentukan tulang dan gigi, sementara penyimpanan berlebihan boleh mengakibatkan karang ginjal.

Kalsium memainkan peranan penting dalam pembekuan darah, pengecutan otot, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung dan keseimbangan bendalir dalam badan serta penting untuk  tulang dan pembentukan gigi. Kajian menunjukkan bahawa kalsium memainkan peranan dalam penguncupan dan pengembangan saluran darah yang mempengaruhi tekanan darah. Selain itu kalsium juga boleh membantu mengawal berat badan.

Keperluan kalsium adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi. Lebih daripada 99 peratus kalsium badan disimpan dalam tulang dan gigi manakala baki 1 peratus didapati dalam darah, otot, dan cecair antara sel-sel.

Kalsium hilang dari badan setiap hari melalui air kencing dan najis, dan jumlah surih hilang melalui peluh, kulit, rambut, dan kuku. Kalsium yang hilang biasanya digantikan dengan kalsium daripada makanan. Jika diet tidak mengandungi kalsium yang mencukupi atau badan kita tidak dapat menyerap kalsium yang mencukupi daripada sumber makanan @ supplement,  badan akan bertindak mendapatkan kalsium yang diperlukan daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan, kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang.


2. Apakah Sumber-sumber Utama Kalsium?




Sumber-sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu seperti susu dan keju.  Kalsium juga boleh didapati daripada rumpai laut seperti kelp, wakame dan hijiki; biji-bijian dan benih seperti badam dan bijan; kekacang, makanan laut seperti tiram dan udang halus; ikan bertulang lembut, sayur hijau gelap seperti bayam dan kangkung; kailan, okra, rutabaga, brokoli dan produk yang dipertingkatkan seperti jus dan roti. Sumber-sumber kalsium lain adalah seperti sardin dan ikan salmon yang ditinkan.


3. Apakah Kesan Kekurangan Kalsium?

Sebenarnya kalsium sangat besar fungsinya dalam badan kita. Ramai orang tahu yang itu. 99% simpanan kalsium adalah pada tulang dan gigi. Manakala 1% lagi ada dalam darah. 1% ini adalah untuk memastikan fungsi tubuh berjalan dengan sempurna. Biasanya apabila seseorang tidak mendapat jumlah kalsium yang mencukupi (untuk 1%), kalsium simpanan di dalam tulang dan gigi akan diambil bagi memastikan tubuh dapat berfungsi dengan baik. Sekiranya keadaan kekurangan kalsium dalam darah berterusan dan tidak digantikan, kepadatan tulang akan merosot. Perkara ini yang menyumbang kepada:
  • Penyakit osteoperosis.
  • Pembentukan struktur normal sel
  • Sistem saraf
  • Pembekuan dan tekanan darah
  • Fungsi otot dan untuk denyutan jantung yang normal


Sekurang-kurangnya 600gram kalsium hilang setiap hari. Jadi kalau makanan yang kita makan tidak dapat membekalkan sebanyak sekurang-kurangnya 600gram kalsium, kekurangan kalsium ini akan diambil dari tulang dan gigi kita. Kesan kekurangan kalsium adalah seperti berikut:

  • Mudah mengalami kekejangan otot atau semut-semut
  • Sukar tidur (Insomnia)
  • Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  • Sakit pinggang dan kaki
  • Cepat naik angin dan mudah terkejut
  • Luka susah sembuh, darah lambat beku
  • Oleh kerana kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, ia juga akan mengakibatkan masalah sakit sendi
  • Menurunkan kadar metabolisme
  • Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  • Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  • Rambut gugur bagi ibu-ibu selepas bersalin


4. Apakah Simptom-simptom Kekurangan Kalsium?

» Kejang otot
» Kebas dan rasa mencucuk sekeliling tangan dan kaki
» Wheezing (pernafasan seperti wisel)
» Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
» Keletihan
» Rambut kasar
» Kuku rapuh
» Kulit kering (Psoriasis)
» Tumit pecah dan kasar
» Eczema - penyakit kulit
» Sakit sendi


5. Adakah Vitamin Shaklee yang Boleh Membantu?

YA. Cara yang lebih senang dan selamat, amalkan pengambilan Shaklee Osteomatrix. Osteomatrix mampu membekalkan keperluan kalsium harian yang secukupnya untuk badan anda. Osteomatrix bukan sahaja mengandungi kalsium, malah ia juga mengandungi magnesium dan vitamin D bagi memastikan kalsium dapat diserap dan menjalankan fungsinya dengan baik.

  • 1,000 mg (100% DV) of elemental calcium from nature’s most concentrated and easily absorbed sources
  • 400 mg (100% DV) of magnesium to help incorporate calcium into bones and strengthen them
  • 400 IU (100% DV) of vitamin D to stimulate calcium absorption



Kajian menunjukkan, menjelang 2050 kes retak pinggul dijangka meningkat sebanyak  310% bagi lelaki dan 240% bagi wanita. Jangan jadikan diri anda sebahagian dari statistik. Pastikan tubuh anda mendapat kalsium yang secukupnya.

Untuk pesanan vitamin anda dan konsultasi secara percuma, hubungi saya:
SHAKLEE Independent Distributor (Irda - ID 909714)
Email: irda2104@yahoo.com
Call/SMS/Whatsapp: 014-984 0240
COD: Sekitar Johor Bahru, Nusajaya, Skudai & Kulaijaya.
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...