KENAPA MESTI PILIH BISNES SHAKLEE?

Assalamualaikum pembaca Yourhealthshoppe yg dikasihi semua... hari ni takmo share fakta-fakta saintifik dan klinikal... hari ni saya nak share satu FAKTA PENTING TAPI SANTAI... (^_^)

Sila ambil perhatian! Fakta penting tetapi ringkas ini akan menjawab beberapa persoalan yg mungkin selama ini pernah anda fikirkan! Ataupun, tidak mustahil juga fakta ini boleh menimbulkan beberapa persoalan penting di dalam minda anda yg mungkin selama ini anda tidak terfikirkan atau sengaja tidak mahu memikirkannya... hehehehe!


Ok.. KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE untuk menjadi perniagaan saya?

Simple tapi sungguh bermakna sebabnya:

1. Saya mula jatuh cinta dengan supplement Shaklee selepas mengamalkan Set Berpantang selepas melahirkan anak saya yg kedua (Maryam Iman). Saya bersalin secara pembedahan cesearean.. jadi saya tak boleh makan jamu & berurut sebaik sahaja bersalin... lalu, saya mencari alternatif terbaik untuk memastikan saya boleh kembali pulih & cergas bagi membolehkan saya menguruskan bayi & anak sulung saya semasa berpantang di kampung (tanpa suami & pembantu di sisi.. parents saya pula keduanya masih bekerja). Alhamdulillah Set Berpantang Shaklee banyak membantu saya untuk kembali cergas & memulihkan luka pembedahan saya dengan cepat! Tak timbul masalah luka perit, keloid dan sebagainya.

2. Saya GAGAL menyusukan anak sulung saya! Hanya dapat bertahan selama 2 minggu sahaja! Itupun saya perlu campur dengan susu soya (anak saya allergik protein haiwan). Pada waktu itu saya sangat2 kurang ilmu tentang penyusuan susu ibu. Justeru, sejak belum mengandung anak kedua lagi saya telah bertekad untuk melaksanakan penyusuan penuh & eksklusif ke atas anak saya yg kedua! Saya berusaha mengumpulkan segala ilmu yg ada.. dan saya mula berjinak-jinak dengan Set Penyusuan Shaklee. Selepas habis Set Berpantang, saya teruskan amalan memakan supplemen Shaklee dengan Set Penyusuan Optimum (Set B + ESP). Alhamdulillah, Hasilnya....... sehingga kini, saya berjaya menyusukan Iman secara eksklusif (tak pernah campur FM langsung) selama 11 bulan! Walaupun saya dah period regularly, dan susu akan sedikit drop apabila saya period, tapi kuantiti & kualiti susu saya masih mencukupi dan mampu membuat Iman kenyang!

3. Saya bernekad untuk menurunkan berat badan dengan lebih cepat. Orang kata menyusukan anak ni berat badan mudah untuk turun... tetapi malangnya tidak bagi saya! >_<... Lantas, saya tambahkan Lecithin & Omega Guard pada Set Penyusuan Shaklee saya, untuk membantu menurunkan berat badan dan mengembalikan bentuk tubuh saya (yg tak la langsing mana pun pada asalnya.. hehehe... tapi cukup laa untuk buat suami saya GERAM utk nak baby lg kannnn hehehe)... Alhamdulillah, selepas 8 bulan, dengan menu utama iaitu nasi TAK BOLEH DITINGGALKAN (sebab saya menyusukan bayi kan..), saya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 6kg++!!! dan masih lagi menurun sehingga sekarang! Sedangkan dahulu, selepas melahirkan anak pertama, tanpa supplement, saya hanya mampu mendapat kembali berat badan seperti sebelum mengandung, hanya selepas 2 tahun tau!

4. Saya tidak merancang untuk bekerja di pejabat selepas berusia 35tahun! Saya bercita-cita untuk memiliki perniagaan sendiri yg dikongsi bersama suami untuk masa tua kami nanti. Dalam memilih 'jalan mudah' untuk mengumpulkan modal untuk memulakan perniagaan tersebut, saya memerlukan punca pendapatan yg kukuh dan boleh mendatangkan keuntungan yg banyak serta tidak memerlukan jangka masa yg terlalu lama. Sememangnya dunia perniagaan memerlukan tahun2 permulaan yg 'sakit' & mencabar. Namun, walaupun sebagai permulaannya saya memulakan bisnes Shaklee ini hanya sebagai 'part-time job' saya, namun dlm masa 2 bulan sahaja ia telah mampu menberikan saya & keluarga 'kelonggaran & keselesaan' dari aspek kewangan keluarga kami! Kami mampu untuk membelikan apa sahaja makanan serta buku-buku (anak-anak saya sangat sukakan buku!) yg diingini oleh anak-anak walaupun gaji bulanan belum diterima di hujung bulan! Terima kasih kepada BONUS SHAKLEE yg banyak membantu! \(^_^)/

5. Saya sangat cemburu dengan rakan-rakan sekolah saya yg telah berjaya mendapat 3/4/5 angka pendapatan dengan bisnes Shaklee! Sedangkan mereka cuma surirumah (WAHM) yg dapat menguruskan anak-anak mereka sendiri di rumah. Sedangkan saya? Perlu bertungkus-lumus selama 8jam setiap hari di pejabat, tanpa dapat bersama anak-anak (saya hantar ke taska) tapi pendapatan saya masih sekadar 'cukup makan' setiap bulan!


Alasan apa lagi yg saya perlukan untuk tidak memilih & melakukan BISNES SHAKLEE ini? Dan saya yakin, jika saya boleh melakukannya, anda juga boleh! Part time atau full time, banyak mana bonus yg anda mahu, anda pasti boleh melakukannya! Percayalah!

Tiada asas? Jangan risau.. Di bawah rangkaian group Euphoria, segalanya kami sediakan.. Dari ilmu asas produk, asas marketing, teknik mendapatkan sales, tips 'close deal' & support group yg sangat mesra seperti sebuah keluarga, semuanya kami sediakan! Sebab bagi kami, sharing is caring!

Jadi, jom jadi macam saya atau lebih hebat dari saya! Hubungi saya untuk penjelasan yg lebih lanjut tentang perniagaan Shaklee yg simple tetapi amat menguntungkan ini!

Irda : 014-984 0240
www.facebook.com/Yourhealthshoppe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...