TIPS JEREBU: PENJAGAAN KESIHATAN SEKELUARGA

Assalamualaikum semua!

Musim-musim jerebu ni semua peringkat umur sama ada dewasa, kanak-kanak mahupun warga emas terkena tempias kesannya. Jerebu mungkin kelihatan hanya seperti asap biasa, tetapi ia sebenarnya mengancam kesihatan & nyawa kita semua tau! Jom kita kenali segala yg berkaitan dengan jerebu ni..



Apa itu JEREBU?
Jerebu adalah satu fenomena yang disebabkan oleh kewujudan banyak partikel kecil yang tidak boleh didlihat oleh mata kasar dan terapung-apung di udara. Partikel-partikel ini mungkin berasal secara semulajadi ataupun kesan sampingan daripada aktiviti manusia. Apabila partikel-partikel ini wujud dalam kuantiti yang banyak dan berkelompok ianya boleh menyekat pancaran cahaya matahari ke bumi. Justeru, ia boleh mengurangkan jarak pandangan mata kasar. Antara punca-punca jerebu adalah seperti pembakaran secara terbuka, asap dari kilang perindustrian ataupun asap daripada kenderaan bermotor.

Siapakah yang terancam akibat JEREBU?
Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatagkan kesan yang buruk kepada semua orang terutamanya golongan berisiko tinggi seperti:

» Kanak-kanak
» Orang tua
» Mereka yang mengalami penyakit asthma, bronkitis, radang paru-paru, penyakit paru-paru yang kronik, jantung & alahan
» Perokok
» Mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Apakah kesan-kesan JEREBU?
Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu termasuklah:


» Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk
» Terasa sukar untuk bernafas
» Mata Terasa pedih & berair
» Hidung berair dan kerap bersin
» Kulit badan terasa gatal-gatal
» Terasa sakit dada

Tips penjagaan kesihatan kita & anak-anak di musim jerebu:

» Minum air masak/kosong dalam kuantiti yg banyak. Sebaik-baiknya tidak kurang dari 3liter sehari.

» Kurangkan aktiviti di luar. Jika terpaksa ke kedai membeli sesuatu, mininumkan masa memilih barangan. Selesaikan pembelian dengan segera.
» Gunakan topeng muka apabila berada di luar. Pilih topeng muka yg benar-benar membantu menapis udara seperti n95 Face Mask.


» Sediakan/masaklah makanan sendiri di rumah. Ia pasti lebih bersih & selamat.
» Tutup semua pintu & tingkap ketika berada di rumah. Seeloknya pasangkan pendingin hawa (air-cond). Tetapkan suhu pada suhu bilik iaitu antara 24-27darjah celcius bagi tujuan pengudaraan dalam rumah yg lebih sihat.




» Ambil Nutriferon dan Chewable Vitamin C bagi meningkatkan imuniti badan, agar tidak mudah dijangkiti demam, batuk & selsema.
» Sekiranya anak anda menghidap asthma, berikan Mealshakes & Omega Guard agar mereka tidak terkena serangan asthma.




» Lakukan pelbagai aktiviti kreatif yg menarik bersama anak-anak agar mereka merasa seronok berada di rumah. Ambil peluang ini untuk meluangkan masa yg lebih berkualiti bersama mereka di rumah!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...