TIPS UMUR PANJANG: MAKANAN YANG MERENDAHKAN TAHAP KOLESTEROL

Ramai yang tidak sedar bahawa mereka mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Ini terutamanya di kalangan mereka yang berbadan kurus. Pandangan majoriti masyarakat kebiasaannya hanya melihat mereka yang mempunyai berat badan berlebihan sahaja yang mempunyai tahap kesihatan yang tidak baik.

Walhal, orang yang bertubuh kurus juga menghadapi risiko yang lebih bahaya, terutamanya jika terlalu kerap mengambil makanan yang mengandungi tahap kolesterol yang tinggi seperti makanan bergoreng (french fries, pisang goreng), makanan diproses (daging burger, sosej, nugget) serta makanan bersantan atau yang sememangnya boleh menaikkan kadar kolesterol jahat (LDL) dalam badan kita (daging merah, sup gearbox, cendol, dsb).

Kadar kolesterol yang tinggi masih boleh dikawal melalui amalan pemakanan yang sihat sebelum ia menjejaskan jantung kita dengan lebih teruk. Antara kesan teruk akibat tahap kolesterol yang tinggi adalah serangan angin ahmar (strok) yang boleh menyebabkan ketidakupayaan, lumpuh atau kematian.

Berikut merupakan beberapa makanan sihat yang boleh diamalkan bagi menurunkan tahap kolesterol anda:

1. SOYA
Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung dan kencing manis. Kaya kalsium & mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL).

Untuk pilihan yang terbaik, pilihlah makanan tambahan yang berasaskan Non-GMO soya seperti Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee. Ia bukan sahaja mudah disediakan, tetapi ia merupakan makanan tambahan kaya dengan protein yang lebih mudah diserap oleh tubuh. Selain merendahkan kolesterol, kadar protein yang tinggi di dalamnya boleh membantu untuk menganjalkan & melicinkan kulit serta membantu penyembuhan luka dengan lebih cepat.

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolesterol LDL sekali gus menghadkan kolesterol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi.

3. BUAH KERING
Antara pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam teh, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dlm badan.

5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

Sebagai pilihan, anda juga boleh mengambil Omega Guard Shaklee yang merupakan makanan tambahan berasaskan minyak ikan laut dalam yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang mampu membantu menurunkan tahap kolesterol anda.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

Chewable Vitamin C Shaklee boleh menjadi pilihan sekiranya anda kekurangan masa untuk menyediakan hidangan buah-buahan yang banyak. Chewable Vitamin C ini turut boleh diambil oleh kanak-kanak bagi meningkatkan tahap imuniti badan mereka terhadap penyakit.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolesterol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolesterol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...