PETUA TAMBAH SUSU BADAN

Assalamualaikum semua!

Disebabkan saya baru lepas 'didatangi oleh bulan', dan produksi susu saya baru pulih semula, maka dengan ini saya nak share 'short & simple' petua-petua untuk tambah susu badan.. (^_^)

Petua Mudah Tambah Susu---------------------------------------

Kerapkali terdengar cakap-cakap di kalangan ibu baru bersalin tentang susu badan yang semakin berkurangan. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh diamalkan bagi mengelakkan masalah tersebut.

1. Kerap menyusu
Semakin kerap ibu menyusukan bayi, semakin banyak susu akan terhasil. Jadi, galakkan bayi untuk lebih kerap menyusu. Penyusuan di antara 10 hingga 12 kali atau lebih dalam tempoh 24 jam akan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.


2. Amalan tradisi


Petua orang lama mengamalkan pemakanan tertentu bagi menambah susu. Ia tidak terhad kepada masyarakat Melayu sahaja. Malah, kaum Cina dan India turut menggunakan kaedah yang sama. Antara jenis makanan yang dipercayai menambah susu ialah, ulam-ulaman (pegaga, peria, ulam raja, daun turi, pucuk betik, jantung pisang batu dan lain-lain), lobak putih, daun kobis, ikan yu dan banyak lagi.


3. Makanan herba
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan harian membantu menambah pengeluaran susu. Paling popular ialah halba. Selepas dibeli, cuci halba dengan sempurna dan keringkan. Kemudian simpan di dalam bekas bertutup dan makan sesudu halba setiap hari. Antara herba lain ialah jintan hitam. Cara pengambilannya sama seperti halba.


4. Minum air ikut keperluan



Selain daripada pemakanan yang berkhasiat, air juga perlu cukup. Ada pendapat mengatakan ibu perlu minum sehingga lapan gelas air sehari. Namun, paling penting anda harus minum air kosong mengikut keperluan tubuh. Selain air kosong, anda juga boleh minum minuman lain seperti susu, air kacang soya dan jus oren segar. Jus oren segar berupaya meningkatkan penghasilan susu,



5. Posisi yang betul

.

Dapatkan posisi yang betul setiap kali menyusukan bayi. Paling utama, anda perlu memastikan bayi melekap dengan betul. Jika anda menghadapi masalah untuk mendapatkan posisi yang betul, dapatkan tunjuk ajar daripada jururawat, doktor atau pakar laktasi tentang teknik dan posisi yang berkesan.

*Sumber Pa & Ma

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...