KENAPA SAYA RASA MUAL BILA MAKAN VITALEA SHAKLEE?

Agak ramai juga sebenarnya yg bertanyakan soalan ini; terutamanya yg pertama kali mengambil Vitalea Shaklee. Lepas tu terus buat statement;
"Owh.. saya tak sesuai makan Shaklee. Mual & mabuk makin teruk. Sebab bila makan vitamin xxx tak mual pun."

Bagi yg pernah rasa begitu, pernah tak siasat atau buat perbandingan betul-betul kenapa anda mual bila ambil Vitalea tapi tidak dengan jenama xxx tersebut? Betul ke anda alergik dengan Vitalea je. Atau 'alergik' dengan jenama Shaklee? Hehehe..

Memang ada orang akan alami satu atau lebih simptom-simptom ini apabila mengkonsumsi Vitalea Shaklee:

-Rasa mual & loya
-Muntah semakin kerap
-Sakit kepala
-Sembelit
-Najis berubah warna menjadi kehitaman
-Gigi menjadi seperti kekuningan (sementara)
-Pedih ulu hati
-Gangguan penghadaman
-Rasa tak sedap/kurang selesa dalam mulut

Simptom-simptom ini sebenarnya bukan disebabkan oleh 'Vitalea Shaklee' semata-mata. Ia sebenarnya disebabkan oleh kandungan IRON di dalam Vitalea tersebut. Pengambilan iron sama ada dalam bentuk sumber semulajadi mahupun supplemen akan menyebabkan sebahagian pengamalnya mengalami satu atau sebahagian simptom tersebut.

Jika anda kata bahawa supplemen jenama xxx tidak menyebabkan anda mengalami simptom sepertimana ketika mengambil Vitalea Shaklee, semak semula kandungannya. Multivitamin yg tidak mengandungi iron biasanya tidak akan memberi kesan sepertimana Vitalea Shaklee.

Jika anda hamil & mengalami morning sickness yg agak teruk (terutamanya di peringkat awal kehamilan) seperti mabuk, loya, mual, sembelit atau pedih ulu hati, anda tidak digalakkan untuk mula mengambil Vitalea Shaklee. Cukup sekadar pengambilan asid folik. Sebaik sahaja morning sickness mula berlalu pergi, bolehlah mula mengkonsumsi Vitalea Shaklee.

Namun, jika anda mempunyai sejarah bacaan HB rendah pada kehamilan lalu, maka sebaiknya, rajinkanlah diri untuk mengamalkan 2 biji Vitalea setiap hari. Ia amat membantu untuk mendapatkan bacaan HB yg stabil. HB yg stabil amat penting bagi memastikan darah kita mempunyai kandungan oksigen yg secukupnya. Malah, HB yg rendah juga mampu mengancam nyawa janin jika tidak ditangani tau.

*Jika anda mempunyai masalah HB rendah sewaktu kehamilan ataupun anemia, Vitalea Shaklee adalah amat penting & amat membantu anda. Sebotol Vitalea Shaklee berharga HANYA RM93.75 sahaja sebotol (120bj). Ia boleh tahan untuk pengambilan 2-4 bulan. Whatsapp saya di 014-984 0240 (Irda) untuk pertanyaan & order.

1 comment:

  1. Ye saya start mkn vita lea ni masa first trimester and tekak ni asyik rasa mual... Takut juga jd alahan dgn vitamin ni,

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...